Doktor; Gabungan Ilmu Dan Amanah

Bismillah.

Post ini merupakan status FB salah seorang senior saya di sini, Abang Ahmad Nazmi Mohamad, pelajar tahun 6, Fakulti Perubatan, Universiti Ain Shams, Kaherah. Saya sekadar membantu beliau menulis kembali isi penting dalam tulisan beliau ini. Tulisan asal boleh dirujuk di sini.

Post ini merujuk kepada situasi pelajar Malaysia di Mesir yang terdiri daripada pelajar perubatan dan pelajar jurusan agama. Pelajar jurusan agama sering merujuk kami untuk apa-apa urusan yang berkaitan kesihatan di sini. Ramai dalam kalangan pelajar di sini yang kahwin awal, ketika masih dalam tempoh belajar. Faktor usia muda, kurang pengalaman, jauh dari ibu dan keluarga, antara yang memungkinkan permasalahan ini terjadi.

Adapun, keadaan di Malaysia, mungkin para wanita boleh terus merujuk kepada klinik dan hospital malah mungkin ada doktor yang telah dikenali.

EXAM ORIENTED DOCTOR

Doktor salah diagnosis. Minta makan ubat cuci rahim.

Salam sayang kepada kawan-kawan perempuan. Ana ada pesanan penting.

Ana menerima phone call dari seorang pelajar perempuan di Hayyu Sabe’ (H7); dia pergi jumpa seorang doktor di private clinic doktor tersebut untuk buat check-up. Dia last period on 25th December.

Kemudian dia buat abdominal ultrasound (US, alat yang diletakkan pada perut si ibu untuk memeriksa keadaan kandungan dan bayi) dan pregnancy test. Dalam US dia, doktor kata tak pasti. Doktor nasihatkan supaya dia berjumpa doktor di Klinik Taiseer (sebuah klinik lain di H7).

Pelajar perempuan tersebut pergi jumpa doktor di Klinik Taiseer. Buat pregnancy test. Ujian darah dan air kencing menunjukkan tanda positif. US yang doktor buat hanya nampak kantung (sac) tapi kata doktor, baby sudah tiada. Ujian US ini telah dibuat sebanyak 2 kali. Latest, kelmarin merupakan temujanji kedua.

Disebabkan kelmarin kali kedua buat US, doktor terus sahkan diagnosis yang pelajar itu telah mengalami missed abortion (keguguran yang tidak disedari). Kerana hanya tinggal sac (kantung) tapi baby sudah tiada. Doktor minta dia rujuk kepada doktor pakar untuk makan ubat yang akan menyebabkan uterine contraction (kecutan pada rahim) untuk gugurkan saki baki sac dan janin yang ada.

Tapi disebabkan kawan-kawan perubatan yang bawa dia tu agak bijak menilai, dia terus call ana untuk minta pendapat. Iyalah, walau tak pandai mana, kita tolong je.

Disebabkan ana agak ragu-ragu dengan diagnosis doktor tu, sebab bila ambil history, tanda-tanda keguguran seperti pendarahan dari bawah, sakit bahagian perut, sebab buat kerja berat dan sebagainya tiada, ana minta dia rujuk kepada doktor yang ana kenal, Dr. Hala Mostafa untuk follow up di klinik dia di Heliopolis.

Alangkah terperanjatnya pelajar perempuan itu, apabila doktor buat Vaginal US, rupa-rupanya jelas ada baby. HIDAYAT punya doktor Taiseer!!

pregnancy

Astaghfirullah! Dr. Hala mengamuk, dia cancel semua report yang doktor di Klinik Taiseer tu buat kemudian dia bagi surat amaran. Dr. Hala kata report ini akan jadi bukti untuk pelajar ini boleh mengajukan saman ke atas Klinik Taiseer!!

Budak itu kembali ke Klinik Taiseer, jumpa doktor yang ada di situ. Doktor terus cancel semua report yg ada. Kemudian, depan mata pelajar tersebut, doktor tu koyak-koyak report lama tu,  dibuangnya ke dalam tong sampah. KERANA DOKTOR TIDAK MELAKUKAN VAGINAL US! HIDAYAT!! Astaghfirullah.

Geram rasanya. Agaknya apalah perasaan kita. Dah pregnant. Husband dengar doktor cakap. Tapi disebabkan kita ini tidak competent kerana tiada basic yang kuat, kita boleh suka-suka je bagi ubat untuk gugurkan bayi itu.  Dan suka hati kita nak buang ke tong sampah macam doktor tu buang segala report lama tu.

Haih, sabar. Sabar. Jangan malas belajar. Nanti benda yang sama kita ulang.

Moral dan guidelines kepada perempuan yang dah berkahwin

1- Nak buat check-up, cari doktor yang kita kenal kepakarannya.

2- Yang baru pregnant, mesti ingat last period bila. Senang doktor nak check.

3- Nak pergi klinik, kalau tak tahu, jangan buat-buat tahu. Sila bertanya kepada pelajar-pelajar medik yang dikenali. Insha Allah, mereka sedia membantu.

4- Suami pula, jangan endah tak endah isteri tu tu. Pregnant, jaga dia di umah. Jangan benarkan dia buat kerja berat. Angkat peti ais ke, angkat tong gas ke  tingkat 2 ke, sebagai contoh.

Kalau ada apa-apa pendarahan walau sedikit, minta check dengan doktor. Kenali tanda-tanda keguguran. Semua suami wajib ada ilmu ni!!!

5- Kalau ada masalah, jangan buat keputusan sendiri. Ambillah pendapat kawan-kawan medik yang ada, yang boleh dipercayai. sekurang-kurangnya boleh membantu.

Kalau pelajar perempuan tu terus beli ubat cuci rahim, ikut buta-buta apa yang doktor tu cakap, tak tahulah.

Book and exam oriented doctor; “Why you said like this? I don’t know. The book said like that..”

51DSFS6K64L._SL500_AA240_

Without understanding. Being useless doctor. Cuba ubah ye. Jazakallaha khairan katheera.

‘Ala kulli haal, alhamdulillah selamat.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s