Cetus Rasa: Mahasiswa Malaysia & Pegawai Malaysia Di Mesir

Tulisan ini berdasarkan pemerhatian saya kepada isu kebajikan mahasiswa dan pegawai dari Malaysia yang ditugaskan untuk membantu pelajar di sini.

Bukan niat untuk merosakkan imej sesiapa. Kalau salah, muhasabah dan perbaiki. Yang baik, ambil. Yang buruk, saya sedia ditegur dan diajar.

URUSAN PEMBAHARUAN VISA MAHASISWA/WI UNIVERSITI AL-AZHAR

Buat pengetahuan umum, secara ringkasnya tidak keterlaluan untuk saya simpulkan, isu pembaharuan visa pelajar bagi kami di Mesir secara amnya, mahasiswa/wi Universiti Al-Azhar terutamanya, telahpun merangkumi 80% daripada sekalian masalah dan kesulitan hidup di Mesir ini.

Saya merasakan, masalah ini telahpun diketahui oleh Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah (KBMK) dan Education Malaysia Egypt (EME), atau nama lainnya bagi kebanyakan negara yang ada student Malaysia ialah Malaysian Student Department (MSD).

Di sebalik kesulitan yang dihadapi oleh mahasiswa/wi Universiti Al-Azhar ini, 1 inisiatif telah diusahakan oleh Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM), dengan menghantar surat kepada pihak Jawazat (Pejabat Imigresen) Madinah Buuth Islamiah, memohon supaya menambahkan satu hari lagi kepada pelajar-pelajar Malaysia.

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)

Hasilnya, dimaklumkan pihak Jawazat bersetuju menambahkan satu hari lagi kepada pelajar-pelajar Malaysia, iaitu pada hari Isnin. Bermula minggu depan, pelajar-pelajar Malaysia boleh membuat urusan Visa di Jawazat Madinah Buuth Islamiah pada hari SABTU dan ISNIN.

Pencerahan masalah

Universiti Al-Azhar terdiri daripada ratusan ribu pelajar yang berasal dari pelbagai negara seluruh dunia. Dan telah menjadi ketetapan di Mesir, mahasiswa/wi Universiti Al-Azhar tidak boleh memperbaharui visa mereka di tempat lain selain Jawazat Madinah Buuth Islamiah.

Hal ini tidak berlaku kepada mahasiwa/wi universiti lain yang boleh memperbaharui visa di Jawazat mengikut lokaliti masing-masing. Sebagai contoh, saya mahasiswa Universiti Ain Shams, tinggal di Sayeda Zainab. Saya memperbaharui visa pelajar saya di Mugamma’, Tahrir. Kerana alamat rumah saya di dalam kawasan berhampiran Tahrir.

Tapi ketetapan ini tidak terpakai untuk mahasiswa/wi Universiti Al-Azhar. Andai mereka tinggal di dalam bangunan Mugamma’ di Tahrir sekalipun, beridentitikan mahasiswa/wi Universiti Al-Azhar, mereka tetap wajib memperbaharui visa pelajar mereka di Jawazat Madinah Buuth Islamiah.

Berikutan jumlah mahasiswa/wi Universiti Al-Azhar yang begitu ramai, pihak Jawazat Madinah Buuth Islamiah telah membahagikan urusan pembaharuan visa mengikut negara dan benua asal setiap mahasiswa. Dari Indonesia, hari sekian. Dari Malaysia, hari sekian. Begitu juga dengan urusan mahasiwa dari China, Afrika dan sebagainya.

Belum dicampur dengan kerenah pegawai Jawazat yang ‘bajet sistematik’. Berikutan dengan ketetapan hanya sehari ini juga, saya sendiri pernah menyaksikan sahabat-sahabat saya menunggu seawal 12 tengah malam (mungkin ada yang lebih awal) di hadapan pintu pagar Jawazat Madinah Buuth Islamiah, untuk memastikan beroleh giliran awal, urusan juga siap awal.

Berbekalkan selimut untuk membelah kesejukan malam, sedikit bekalan makanan dan minuman, diceriakan dengan senyuman teman-teman yang sama menanti, mereka seolah-olah berkelah pula di hadapan pintu pagar. Pernah juga saya lihat beberapa antara mereka yang even baring dan tidur di kaki lima di luar pintu pagar sementara menanti pejabat dibuka. Saya sayu.

Inisiatif

PMRAM hanyalah sebuah persatuan pelajar yang diiktiraf sebagai NGO di Mesir. Saya tidak merasakan urusan surat-menyurat secara rasmi seperti ini, yang melibatkan urusan imigresen dan visa pelajar, patut dibebankan ke atas pundak PMRAM. Apa pun, inisiatif PMRAM memang sewajarnya tersangat harus diberikan pujian. Mereka cuba menghadirkan 1 solusi yang mungkin tidak menyelesaikan masalah secara total. Setidak-tidaknya, beban pelajar dikurangkan.

Rujuk post rasmi PMRAM di sini. [LINK]

Persoalannya di sini, bukankah masalah itu seharusnya cuba diselesaikan oleh pihak KBMK dan EME? Adakah masalah ini tidak pernah sampai ke pengetahuan mereka? Kalaupun saya tersalah anggap, mungkinkah sebelum ini mereka pernah berusaha untuk menyelesaikan? Tapi permasalahan ini tetap berterusan sehinggalah PMRAM menghulurkan inisiatif dan bantuan.

Hal-hal lain

Ini belum lagi dicampur dengan kerenah segelintir pegawai yang memainkan isu sentimen politik melampau di Mesir. Dengan desakan KBMK dan EME, rentetan terhadap apa yang berlaku pada BERSIH 2.0 yang lalu, seorang pelajar Darul Ifta’ Misriyah, Ustaz Mohd Firdaus bin Madzlan yang merupakan Presiden SUARA ketika itu dibuang pengajian kerana menyertai perhimpunan tersebut.

Ustaz Mohd Firdaus yang pada ketika itu hampir menamatkan pengajian, telah dinafikan sijil pengajian beliau. Selanjutnya boleh dibaca di sini. [LINK]

Kesimpulan

Dengan sikap yang ditunjukkan oleh KBMK dan EME sebegini, tidak keterlaluan untuk saya katakan, andai ada sekelumit perasaan terguris di hati kami Mahasiswa/wi di Mesir dengan anda, ia bukanlah suatu yang pelik.

Mohon dijauhkan rasa benci di dalam hati kami. Kerana anda, para pegawai, tetap saudara-saudara kami malah ibarat abang dan bapa kami di sini. Post ini juga tidaklah menafikan sumbangan anda selama ini.

3565947953_1dae88d5bf

Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK)

Malah tidak pelik juga andai kami termasuk saya sendiri, lebih cenderung untuk menyayangi PMRAM, walaupun saya bukan ahli rasmi PMRAM. Atas usaha dan inisiatif yang dilakukan oleh mereka, walau dengan keterbatasan Badan Pengurus PMRAM yang masih bergelar sebagai mahasiswa, mereka tetap cuba membantu sekadar termampu. Kami sangat menghargainya.

Andai ada dalam kalangan pegawai KBMK atau EME yang membaca post ini, ia bukanlah berniat untuk tujuan provokasi. Jauh sekali untuk menyubur benci. Terlebih kepada curahan hati sebenarnya. Lahir dari perasaan sayu dan simpati melihat nasib teman-teman Mahasiswa/wi Universiti Al-Azhar.

Semoga ada faedahnya dan digunakan untuk kebaikan serta manfaat bersama. Kalau tersalah fakta, mohon diperbetulkan. Saya sedia dibimbing dan diajar.

Sekian. Wallahu Ta’ala A’la wa A’lam.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s