Presiden Mesir Dan Rakyat Malaysia

Post ini diimport dari blog lama yang bertarikh 31 Mei 2012.

Ini merupakan status FB saya ketika Pilihanraya Mesir pada 22 Mei 2012, sehari sebelum Pilihanraya Presiden Mesir tempoh hari. Sedih rasanya dengan kelompok NGO Islam di Malaysia yang menggelarkan mereka gerakan Islam.

Dalam masa yang sama sangat lantang mengkritik dan tidak menghormati ijtihad dan keputusan syura gerakan Islam yang bersabung nyawa memperjuangkan Islam dalam arena politik Malaysia.

Sengaja nak uploadkan di sini.

Kami di Mesir sedang mengalami bahang Pilihanraya Presiden Mesir 2012 yang bakal dilangsungkan pada esok dan lusa, 23 & 24 Mei 2012. Ini merupakan Pilihanraya Presiden kali kedua dalam sejarah Mesir yang menampilkan lebih dari seorang calon pada tahun 2005 dan merupakan Pilihanraya Presiden yang pertama setelah Revolusi Mesir pada awal 2011 yang lalu.

Andai ditanya kepada mahasiswa/wi Malaysia di Mesir yang mengikuti perkembangan Pilihanraya Presiden di sini, sekiranya kami boleh mengundi, boleh dikatakan semua antara kami memilih dan menyukai Dr. Mohamed Morsy.

Beliau merupakan calon dari gerakan Islam terbesar di Mesir, Muslim Brotherhood (Ikhwan Muslimin) yang melakukan kerjasama politik melalui Freedom and Justice Party (FJP) dalam mendepani sistem demokrasi di sini.

1X2

Tapi lain pula jawapan beberapa golongan dalam kalangan kami andai ditanya mengenai masa depan pilihanraya di Malaysia.
Mereka kata mereka nak lihat Islam didaulatkan di Malaysia tapi dalam masa yang sama, mereka tidak menyetujui malah sering sahaja mempertikaikan ijtihad, tindakan dan keputusan yang telah diambil oleh gerakan Islam terbesar di Malaysia, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang turut melakukan kerjasama politik melalui Pakatan Rakyat (PR) dalam mendepani sistem demokrasi di Malaysia.
Ada sahaja yang tak kena. Golongan yang nak memartabatkan Islam, lantang dihentamnya. Terlebih lagi, ideologi serta pembawaan pejuang Islam inilah yang ditikam, ditombak dan disiat-siat.
Dikata pula pengkhianat agama. Golongan yang sedia ada tiris, mengkhianati bangsa malah agama, seakan-akan tiada sedikitpun tujahan yang bisa menusuk dada mereka. Dibiarkan begitu sahaja.
Sedihnya. Sekadar pemerhatian bersahaja daripada saya, mahasiswa kuliah perubatan yang tak belajar usul fiqh.
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s