Poligami; Sunnah Atau Punah?

Ramai lelaki yang cenderung kepada poligami mengatakan itu sunnah Rasulullah SAW. Poligami pula semakin dipandang serong kerana ‘sunnah poligami’ itu diamalkan oleh orang yang sebenarnya tidak istiqamah pun dengan sunnah-sunnah Baginda SAW yang lain.

Mari renung sejenak. Rasulullah SAW hidup bermonogami dengan Saiyidatuna Khadijah binti Khuwailid selama 25 tahun. Konflik rumahtangga hampir tiada. Bahkan sangat bahagia!

Hatta setelah Saiyidatuna Khadijah wafat, Baginda SAW sering terkenangkan isterinya yang telah wafat itu sehingga menimbulkan kecemburuan yang teramat sangat oleh isteri-isteri yang masih hidup.

Poligami hanya bermula setelah kewafatan Saiyidatuna Khadijah. Ia berlangsung selama 10 tahun bermula dari saat Baginda SAW menikahi Saiyidatuna ‘Aisyah dan sebelum itu, Saiyidatuna Saudah, dan diikuti isteri-isteri yang lain.

Walaupun Baginda SAW merupakan Pesuruh Allah, Baginda SAW tetap diuji dengan perangai-perangai tipikal seorang wanita khususnya kecemburuan isteri yang dimadukan. Kita sedia maklum Rasulullah SAW itu seadil-adil manusia, namun Baginda SAW pernah berdoa ketika pembahagian giliran bersama isteri;

“Ya Allah, ini bahagianku yang dapat aku kerjakan. Kerana itu, janganlah Engkau mencelaku tentang apa yang Engkau kuasai sedang aku tidak menguasainya.”

Duhai ustaz-ustaz, datuk-datuk, pak cik-pak cik, bapa-bapa, abang-abang, sekalian lelaki jua diriku sendiri, bahagiakanlah dirimu dengan seorang isteri terlebih dahulu. Fikir biar panjang. Teliti biar dalam.

Duhai ustazah-ustazah, nenek-nenek, mak cik-mak cik, kakak-kakak, sekalian wanita jua bakal isteriku sendiri, aku tahu kalian mesti sedang bergembira dengan tulisanku ini. Kalau nak share pun, silakan. Ini masa kalian yang punya!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s